KENAPA PENTING REKOD PERBELANJAAN?

115

Rekod ni masa awal-awal makan gaji, memang akan nampak macam skema apatah lagi digelar “berkira”.

Tapi kalau tak dipupuk dari awal, boleh jadi komitmen “tak terkira”. Tak percaya kan? Memang kealpaan pada kepentingan merekod ni, boleh bawa BARAH

10 SEBAB KENAPA KENE BUAT

1. Untuk kau sedar, berapa yang dah dibelanjakan setiap hari, setiap minggu & setiap bulan✔

2. Untuk kau tahu, kemana “hilangnya” duit dalam poket tadi. Takdalah kau tuduh bini rembat nanti✔

3. Tahu cashflow, tujuan untuk merancang pembahagian duit mana simpan, belanja, dan labur✔

4. Untuk juga kau tahu, tahap kesihatan duit korang. Ada orang yang tak sedar dia dah hidup -ve setahun✔

5. Takdelah asik advance gaji, salahkan kos sara hidup, salahkan parti pemerintah, parti pembangkang✔

6. Untuk tahu DSR kalau merancang untuk memiliki hartanah, pelaburan ASB dan sebagainya✔

7. Imbangkan perbelanjaan. Jadi setiap kali nk buat keputusan, ada asas. Takdela main submit je loan kereta✔

8. Kalau betul tak gaji tak cukup, tahu berapa pendapatan ekstra perlu dibuat, jadi tau $$ perlu digenerate✔

9. Untuk tahu paras kehidupan diri sendiri. Takdela poyo asik nak upgrade gadget dan starbuck selalu✔

10. Berfungsi sebagai pengawal nafsu serakah. Nak shopping bukak dulu excel perbelanjaan, kalau nak makan meggi, teruskanlah✔

Harap korang belajar sesuatu.
HH sayang kamu.

➡️➡️ boleh download di link ni

https://drive.google.com/file/d/1RRRtDaHTR4nqFvJ-4DQvJarWFix5qwLz/view?usp=drivesdk

-HH-

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here