Malaysia ni unik sebenarnya kerana kita mempunyai 2 sistem kewangan – shariah dan non-shariah. Tujuannya ialah supaya muslim dan non-muslim sama2 mendapat manfaat dari peluang2 ekonomi yang tersedia tanpa menjejaskan pegangan agama masing2.

Di dalam dunia saham, sesuatu sekuriti itu akan menjadi patuh shariah apabila ia tidak mempunyai kesemua ketiga2 unsur ini.

1. Riba.
2. Gharar – ketidakpastian.
3. Maisir – perjudian.

Di dalam kehidupan seharian, kita mampu mencegah riba, gharar dan maisir kerana transaksi yang kita lakukan tidak melibatkan jumlah wang yang besar – kita mampu membawa cash di dalam poket.

Namun, di dalam perdagangan, transaksi dagang boleh melibatkan jumlah wang sehingga berjuta2 ringgit – tiada orang yang mampu membawa cash berjuta2 ringgit bebas ke mana2. Ini menyebabkan penyelesaian pembayaran boleh menjadi berperingkat. Pada masa sama, kos finance akibat dari pengurusan cash yang begitu besar juga perlu diambil kira.

Keadaan ini boleh mewujudkan riba dan gharar.

Tiada masalah bagi sistem kewangan konvensional kerana mereka menghalalkan riba. Masalah timbul pada sistem kewangan Islam – bagaimana mahu menguruskan dagangan yang besar tanpa terjebak dgn riba, gharar dan maisir?

Demi mengatasi maslahat umum ini, Majlis Penasihat Syariah mengkaji konsep2 kewangan alternatif yang berlandaskan nas2 al-Quran utk menampung kekurangan pada produk2 kewangan konvensional.

Lalu terhasillah pelbagai konsep kewangan Islam yang memberikan manfaat yang sama dgn produk2 kewangan konvensional tetapi boleh dilanggani oleh orang2 muslim.

Walau bagaimana pun, dah menjadi kebiasaan agaknya kepada sarjana2 Islam kita. Demi nak melambangkan keislaman sesuatu itu, mereka lebih suka menggunakan perkataan2 Arab berbanding mencari kata nama yang sesuai dalam bahasa Malaysia.

Akibatnya, terkial2 laa kita nak memahamkan apa itu mudharabah, apa itu bai as-salam, apa itu ijarah, apa itu bai ad-dayn, apa itu kafalah, apa itu wakalah,…

Sedangkan kita sendiri melanggan semua produk kewangan Islam ini. Termasuklah ketika kita menjual dan membeli saham. Penting sebenarnya kita memahami konsep2 kewangan di sebalik perkataan2 Arab ini agar kita tidak was2 dgn apa yang kita langgan.

AL-KAFALAH.

Al-kafalah ialah guarantee. Di dalam al-kafalah, seseorang itu akan meminta jaminan perlindungan risiko dari bank bagi barangan2nya yang akan dihantar oleh pihak ketiga. Sekiranya berlaku kemalangan pada barangan2 tersebut, bank akan menampung segala kerugian akibat dari kemalangan utknya.

Shipping guarantee ialah salah satu contoh al-kafalah. Disebabkan risiko yang terlalu besar kerana melibatkan kargo yang bernilai tinggi apabila berada di laut, seseorang akan membayar yuran utk mendapatkan shipping guarantee daripada bank.

AL-WAKALAH.

Al-wakalah pula ialah keadaan di mana apabila seseorang melantik orang yang lain utk menjadi wakilnya dan bertindak serta membuat keputusan bagi pihaknya.

BAI AL-ISTISNA’.

Bai al-istisna’ ialah kontrak utk mendapatkan sesuatu aset dgn pembayaran dibuat mengikut completion progress aset tersebut.

Bai al-istisna’ ialah konsep yang biasa digunakan di dalam sektor perumahan yang mana bank membayar pemaju perumahan mengikut tahap pembinaan rumah yang dibeli.

WADIAH YAD DHAMANAH.

Wadiah yad dhamanah ialah safekeeping with guarantee atau penjagaan dgn jaminan.

Ia berlaku apabila seorang penyimpan atau depositor menyerahkan asetnya utk disimpan oleh guarantor dengan guarantor menjamin akan memulangkan semula aset kepada penyimpan jika dimahukan semula.

Apa kelebihan pada guarantor?

Sepanjang tempoh penyimpanan, si guarantor boleh menggunakan aset tersebut jika diberi kebenaran si penyimpan.

Untuk menggalakkan depositor menyimpan dgn si guarantor, si guarantor boleh memberikan hibah atau hadiah sebagai tanda penghargaan.

Contoh produk kewangan yang menggunakan konsep ini ialah akaun simpanan dan akaun semasa yang mana pemilik wang akan menyimpankan wangnya kepada bank sebagai guarantor di dalam akaun simpanan.

WADIAH YAD AMANAH.

Lebih kurang sama dgn wadiah yad dhamanah. Wadiah yad amanah ialah safekeeping with trusteeship atau penjagaan dgn amanah. Bezanya dgn wadiah yad dhamanah hanyalah wadiah yad amanah tidak membolehkan si penjaga aset atau pemegang amanah menggunakan aset yang dijaga.

Contoh produk kewangan Islam yang menggunakan konsep ini ialah peti deposit.

BAI AL-DAYN.

Bai al-dayn ialah debt trading atau jual beli hutang atau jual beli pembayaran tertangguh.

Caranya begini.

Katakan anda menjual barang kepada orang lain dan bayaran masih belum dilunaskan. Bermakna si pembeli berhutang dgn anda. Anda mahu guna wang, lalu anda menjual hutang anda kepada orang lain pada harga lebih rendah dari jumlah hutang tadi. Anda mendapat wang, pada masa sama orang yang membeli hutang anda pula akan mendapat untung apabila si pembeli tadi melunaskan hutang sepenuhnya.

Bai al-dayn banyak digunakan di dalam bisnes. Kebiasaannya, utk mendapat sale, syarikat akan membenarkan bayaran ditangguhkan selagi client mahu membeli barangnya – ini yang kita kenali sebagai receivables.

Jumlah receivables boleh menjangkau sehingga beratus2 ribu ringgit. Utk menyelesaikannya sekaligus adakalanya mustahil. Sedangkan syarikat mahukan cash utk rolling bisnes.

Jalan penyelesaian? Bai al-dayn.

Majoriti umat Islam tidak membenarkan bai al-dayn. Namun, Mazhab Shafie membenarkannya selagi jumlah hutang yang asal – face value – tidak ditambah lalu menjadi riba. Orang yang berhutang tetap membayar hutang yang sama, orang yang pemiutang dapat cash, orang yang membeli hutang pula dapat keuntungan.

BAI AL-ISTIJRAR.

Kontrak yang mana si penjual bersetuju utk menghantarkan barangan2nya secara beransur2 pada satu harga yang dipersetujui bersama. Bayaran boleh dibuat sebelum, ketika atau sesudah barangan dihantar sepenuhnya.

Apabila anda melanggan majalah secara tahunan, mahu tak mahu majalah2 tersebut perlu dihantar secara bulanan kerana ia perlulah mengikut setiap isu bulanan. Bai al-istijrar membenarkan pembelian ini.

MURABAHAH.

Dikenali sbg cost plus financing.

Konsep kewangan yang sangat popular. Ia dikenali sbg cost-plus financing.

Kontrak yang mana penjual perlu mendedahkan kos dan profit yang dimintanya utk dia membelikan barangan untuk anda dan anda mesti bersetuju agar transaksi berlaku. Bayaran boleh dibuat secara ansuran atau lump sum.

Jika anda mahu membeli kereta dan anda tidak mempunyai cash yang cukup, anda boleh meminta bank membelikannya utk anda. Bank akan membeli kereta tersebut dan anda, tetapi sebelum itu bank anda memberitahu anda berapakah jumlah keuntungan yang dimahukan. Jika anda bersetuju, anda harus membayar kembali kepada bank pada harga kos kereta berserta jumlah keuntungan yang bank mahukan. Bayaran boleh dibuat secara ansuran atau lump sum.

BAI BITHAMAN AJIL.

Kontrak yang mana penjual bersetuju bagi barang dulu dan anda bayar kemudian. Bayaran boleh dibuat secara ansuran atau lump sum.

Jika anda mahu membeli kereta dan anda tidak mempunyai cash yang cukup, anda boleh meminta bank membelikannya utk anda. Dan anda pula akan membayar kemudian kepada bank. Bayaran boleh dibuat secara ansuran atau lump sum.

Kelihatan sama di antara murabahah dgn bai bithaman ajil, kerana kedua2nya melibatkan bank membeli dahulu untuk anda dan anda bayar kemudian. Namun, bezanya ialah dari segi emphasization.

Murabahah ialah apabila anda cuba nak merundingkan atau cuba mengawal keuntungan yang diminta bank apabila bank belikan dahulu barang untuk anda supaya anda boleh kurangkan jumlah bayaran keseluruhan.

Bai bithaman ajil ialah apabila anda sekadar meminta bank belikan dahulu barang utk anda dan anda bayar semula kemudian. Dalam hal ini, tiada emphasization ke atas berapa profit yang diterima bank.

Apa pun, murabahah dan bai bithaman ajil merupakan financing yang memberikan anda alternatif kepada convensional financing yang melibatkan riba.

BAI SALAM.

Kontrak yang merupakan keterbalikan kepada murabahah dan bai bithaman ajil. Jika murabahah dan bai bithaman ajil ialah kontrak yang mana barang dapat dahulu, bayaran kemudian, bai salam pula ialah bayaran dahulu, barang dapat kemudian.

Bai salam dan bai al-istijrar kelihatan sama konsep. Bezanya, bai al-istijrar ialah barangan akan diterima pembeli secara beransur2 sedangkan bai salam ialah barangan akan diterima sekaligus pada tarikh yang dijanjikan.

MUDHARABAH.

Dikenali sbg trust financing.

Anda ada wang tetapi anda tidak mempunyai kepakaran. Lalu, anda serahkan wang anda utk dijadikan modal pelaburan kepada pihak yang mempunyai kepakaran tetapi tidak mempunyai modal. Itulah mudharabah.

Di dalam mudharabah, keuntungan dari joint venture ini akan dibahagikan kepada anda dan rakan yang menguruskan pelaburan. Tetapi, jika rugi, anda sebagai pemodal harus menanggung kerugian itu.

MUSHARAKAH.

Dikenali sbg partnership financing.

Anda ada modal. Rakan anda juga ada modal. Lalu kedua2nya partner utk suatu pelaburan. Sama ada anda atau rakan anda uruskan pelaburan atau kedua2nya. Profit kongsi ikut pembahagian yang dipersetujui tetapi rugi pula ditanggung mengikut nisbah modal masing2 – itulah musharakah.

IJARAH.

Dikenali sbg pajak.

Anda mahu menggunakan mesin tetapi anda tidak mahu membelinya. Oleh itu bank akan mendapatkan mesin tersebut dan pajakkan pada anda pada tempoh dan kadar yuran yang dipersetujui. Walau bagaimana pun, mesin tetap menjadi hakmilik bank.

KESIMPULAN.

Jika muamalat tersebut mudah – yang biasa kita lakukan dalam kehidupan seharian, ia tidak menimbulkan isu kerana tidak melibatkan wang yang banyak dan barangan juga utk kegunaan seharian.

Namun, muamalat boleh menjadi rumit apabila ia melibatkan jumlah wang yang sangat besar dan barangan juga dalam kuantiti yang banyak atau saiz yang besar yang mana kegunaannya lebih kepada industri kerana di situ akan wujudkan delay dari segi pembayaran atau delay dari segi penghantaran yang boleh membawa kepada riba.

Dengan konsep2 kewangan Islam ini, ia akan dapat menyelesaikan persoalan ini. Andai kata jika tiada sarjana Islam yang boleh menyelesaikan persoalan2 ini, umat Islam nak buat bisnes pun tak boleh kerana sentiasa berbalah yang mana riba yang mana bukan.

Maka mundurlah umat Islam ditinggalkan kemajuan kerana masih bergaduh ttg hukum di kala dunia terus bergerak ke depan.

Oleh itu, fahami dahulu sebelum anda menjatuhkan hukum dan memfitnah sesuatu yang halal. Dan jika anda masih tidak bersetuju sedangkan sarjana Islam yang lebih ahli dari anda sudahpun bersetuju, maka berijtihadlah sendirian tanpa menghasut orang lain

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here