Kau pinjam sahaja gelaran ‘ Entreprenuer’ tu – Rasydan Bakar

109

Aku tertarik betul bila lihat ramai sekarang mula ubah caption-caption di profile instagram mereka seperti ‘Entrepreneur, Young Entreprenuer , Businessman ‘ dan sebagainya. Lalu membanjiri profile mereka dengan jam tangan mewah ala-ala rolex gitu , up posting dengan kereta-kereta mewah serta tidak lupa juga mereka yang posting gambar-gambar di kedai cafe hipster sambil meletak caption ‘Businessman in the making , Project in the making’.

Ketahuilah anak muda , kita hanya pinjam sahaja gelaran itu belum cukup layak lagi untuk memakainya didada seperti satu perisai. Walhal pengurusan kewangan kita hancur , hubungan kekeluargaan kita hancur , kehidupan seharian kita tunggang langgan. Tak layak jika menggunakan title tersebut hanya kerana anda mampu menjual satu dua barang yang berharga like bawah RM 100 ? really? . Memakai title tersebut datang dengan peranan yang besar , ia bukan sekadar anda boleh tunjuk betapa gahnya anda atau betapa berdikarinya anda kerana memakai title seperti itu malahan ia memakai title tersebut memberi maksud anda bersedia merubah hidup anda , anda sedia memberi pekerjaan serta gaji pada orang lain , anda sedia mewujudkan peluang ekonomi yang lebih baik untuk orang lain . Kalau setakat ingin gah dengan title tersebut dan berlagak setiap masa , eloklah buang sahaja title tersebut .

Kita tak perlukan seorang ‘Entreprenuer’ yang hanya ingin untung sendiri seperti Kapitalis dan kita tidak inginkan seorang yang Acah-acah ‘Entreprenuer’ kerana title tersebut memberi maksud yang lebih besar. Sila hadam dengan baik-baik. Kalau anda sekadar inginkan keuntungan untuk diri anda sahaja maka andalah kapitalis yang tidak diperlukan. Elok sahaja buang kelaut.

Melihat anak muda yang berlagak dengan gelaran tersebut memang mendatangkan perasan menyampah kerana walhal jikalau maksud dan tujuan diatas tidak dihadam maka anda tak layak pon memakai title tersebut.

Ingat itu dahulu anak muda , anda bukan sahaja meminjam dahulu title itu tapi lebih dari segalanya…

GREAT TITLE COME WITH GREAT RESPONSIBILITIES