Lima Tips Sebelum Usia 50-AN

30

1. Biarkan anak-anak terbang sendiri. Usah naungi mereka, mereka sudah dewasa. Beri peluang mereka buat keputusan sendiri. Cuma sesekali betulkan haluan agar tidak diterbangkan oleh angin.

2. Belanja di bawah kemampuan. Kalau mampu RM100, berbelanja RM50 saja. Beli barang diskaun, tanpa jenama besar. Selebihnya simpan. Belajar hidup tanpa ropol, tak sakit kepala. Ada duit lebih pergi melancong. Tenagkan diri.

3. Berikan masa untuk cucu, cuma usah sampai jadi penjaga cucu. Kita sudah lama berkorban untuk anak-anak, sekarang berikan peluang kepada mereka untuk menjaga anak masing-masing.

4. Ambil masa ini untuk buat apa yang kita ingin buat selama ini, sebelum kita pejam mata. Mengembara, pergi masjid, pergi umrah, habiskan masa dengan hobi, menjadi sukarelawan, sambung belajar. Buatlah apa yang selama ini kita nak buat tapi tak ada masa nak buat.

5. Beri perhatian kepada kesihatan. Senaman dan jaga pemakanan. Berapa lama lagi kita bernafas, itu urusan Allah swt. Tugas kita berusaha agar tidak dapat penyakit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here